Sunday, November 22, 2009

Gotong-Royong Persiapan Program Korban 2009





BRISTANA : 22 Nov. 2009 (Ahad) jam 8.30 pagi, tapak Program Ibadah Korban 2009 di Jalan SP3/5,Chili'.com @ Bristana di limpahi sebahagian warga Bristana untuk sama2 memerah tenaga dalam melakukan kerja pembersihan tempat untuk program ini nanti. Semangat kerjasama yang diberikan perlu diberi pujian kerana walaupun pada waktu itu cuaca sedikit dingin keadaan hujan gerimis. Namun dari semangat yang ada tidak mematahkan semangat peserta yang hadir untuk meneruskan kerja2 tersebut. Kerja2 persiapan agak sedikit 'ringan' kerana kerja meratakan tanah dan mengorak lubang telah pun dibuat sehari lebih awal dengan menggunakan jentera (backhoe).
Semoga pada hari berlangsungnya program itu nanti, akan lebih ramai lagi warga Bristana akan turun bersama2 bagi menjayakan majlis tersebut. Bagi yang meraikan Hari Raya Korban di kampung halaman, pihak PPB mengucapkan Salam Aidil Adha, selamat jalan dan berhati2 semasa memandu. Bagi yang meraikan di Seri Pristana, kita jumpa di Jalan SP3/5, Chili's . com @Bristana pada 28 Nov. nanti,,,InsyaAllah.

'Salam Aidil Adha dr PPB!!!'
,,,lagi gambar2 lawati :

Friday, November 20, 2009

Gotong-Royong Arena Sport Centre @ Bristana


BRISTANA : Ahad, 08 November 2009, bertempat di Arena Sport Centre @ Bristana, Taman Seri Pristana, satu program gotong-royong ahli-ahli kelab sukan dari Persatuan Penduduk Bristana telah diadakan untuk menaik taraf (upgrade) gelanggang bola tampar yang sedia ada. Pengubahsuaian telah dilakukan dengan menambah lampu-lampu untuk keselesaan para pemain semasa sessi latihan dijalankan. Dengan kehadiran ahli-ahli kelab pada petang tersebut, dapatlah sama-sama berkerjasama dalam menyiapkan kerja-kerja tersebut. Atas usaha murni ini, pihak persatuan penduduk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang 'ringan tulang' dalam melakukan kerja-kerja pada hari tersebut. Juga terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sudi menyumbangkan peralatan seperti kabel elektrik, lampu dan lain-lain kelengkapan dalam usaha menjayakan projek ini. Walau bagaimanapun masih terdapat serba sedikit 'kekurangan' di gelanggang ini seperti tiada lantai simen, garisan gelanggang dan sebagainya. Akan tetapi, Biro Sukan & Rekreasi sedang berusaha dalam menyempunakan 'stadium' bola tampar ini dengan mencari penaja-penaja bagi mendapatkan sedikit sumbangan untuk menyiapkannya pada masa akan datang, InsyaAllah.
Semoga dengan siapnya projek ini nanti, aktiviti sukan akan terus aktif dalam memupuk semangat perpaduan antara warga Bristana khususnya. Kepada individu-individu yang ingin menyumbangkan apa jua sumbangan, amatlah dialu-alukan.
Salam 1Malaysia!!!!!
ps : lagi gambar-gambar, sila lawati