Wednesday, October 21, 2009

Jamuan Aidil Fitri 2009/1430H



Salam Aidil Fitri,,,,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt. kerana dengan izinnya, satu majlis sambutan meraikan bulan Syawal 1430H telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya dan amat meriah. Program tersebut telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 17 Okt. 2009 jam 8.00 malam.
Persiapan untuk majlis tersebut telah dimulakan sejak awal pagi (sabtu). Semua persiapan termasuk memasak diadakan secara gotong-royong. Tahniah diucapkan kepada warga Bristana yang mana telah sudi turun bersama-sama menyumbang tenaga demi memastikan majlis lebih meriah. Menu utama pada malam tersebut ialah 'Nasi Bristana', kari daging lembu (segar), kambing bakar serta menu-menu wajib sempena hari raya seperti lemang, nasi himpit, kiuh-kuih raya dan lain-lain.
Kehadiran seluruh warga Bristana pada malam tersebut amat membanggakan dan diluar jangkaan. Suasana pada malam tersebut amat meriah dan berwarna-warni dengan pertunjukkan bunga api. Majlis bertambah meriah dengan adanya 2 anugerah khas untuk tetamu yang hadir iaitu Anugerah Pakaian Lelaki & Wanita Paling Vouge. Kedua2 pemenang tersebut diberi hadiah berupa hamper setiap seorang. Persembahan karaoke juga diadakan dengan tema lagu raya dan gamat dengan gelak tawa tetamu apabila diselang seli dengan game show yang dikendalikan oleh DJ Dean & DJ AK dr Millennium Sound & Entertainment. Sekalung tahniah dan terima kasih dari pihak Persatuan Penduduk Bristana kepada semua yang hadir dan smua yang turut serta dalam menjayakan majlis ini. Juga jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang makanan bagi program tersebut. IsyaAllah, program ini akan dijadikan program tahunan bagi Persatuan Penduduk Bristana dalam mengeratkan silaturrahim dan semangat berkerjasama dikalangan warga Bristana & Kristana.
//lagi gambar-gambar layari :-